? ??????????????A Little Paisley? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??487 Grabs Today. 4944 Total Grabs. ?
?????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Simple Red Swirls? ????? ?? ???Rating: 4.7 (3 Ratings)??485 Grabs Today. 3439 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ??????????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

SELAMAT DATANG

Selamat datang ke blog kamek, apa2 yang di sukai atau di ingini teruskan baca dan lihat semoga sama2 mendapat ilmu daripadanya.

Isnin, 11 Oktober 2010

LINGKARAN SOALAN

 
Lingkaran soalan
Lingkaran soalan ialah bentuk soalan yang memberi tumpuan kepada skop – skop tertentu.
Perkara (P) merujuk kepada idea, isu, tajuk, tema, peristiwa atau teks.
Individu (I) merujuk kepada individu yang terlibat
Luar individu (LI) merujuk kepada masyarakat, kawasan, daerah, negeri, negara dan luar negara.
Contoh Lingkaran soalan PILI (Perkara, individu, luar individu)
P -  Namakan lima jenis buah-buahan tempatan tanpa musim.
I -   Pada pendapat anda, buah- buah apakah yang mempunyai potensi untuk diekspot secara besar - besaran ?
LI - Apakah buah-buahan tempatan yang menjadi kegemaran orang-orang Jepun ? Apakah peluang terhadap
industri buah-buahan di Malaysia ?
Gabungan Lingkaran soalan PILI (Perkara, individu, luar individu)
Lingkaran soalan dapat digabungkan menjadi soalan-soalan yang dapat meningkatkan soalan berfikir.
1 = Perkara
2 = Individu
3 = Luar individu
4 = Perkara + individu
5 = Individu + luar individu
6 = Perkara + luar individu
7 = Perkara + individu + luar individu
Contoh gabungan Lingkaran soalan P+I (Perkara + individu)
Pada pendapat anda (I) , bagaimanakah industri buah-buahan tempatan (P) dapat dimajukan ?
Contoh gabungan Lingkaran soalan I+LI (Individu dan luar individu)
Pada pendapat anda (I) , mengapakah kerajaan Malaysia tidak menggalakkan rakyatnya membeli durian dari Negara Thai (LI) ?
Contoh gabungan Lingkaran soalan P+LI (Perkara + luar individu)
Apakah perbezaan antara buah-buahan tempatan (P) dengan buah-buahan dari luar negara   (LI) ?
Contoh gabungan Lingkaran soalan P+I+LI (Perkara + individu + luar individu)
Buah-buahan tempatan lebih lazat dan berkhasiat (P) berbanding buah-buahan negara bukan tropika (LI) . Adakah anda (I) bersetuju dengan pendapat ini ? Beri alasan anda.

0 ulasan: